Saturday, September 7, 2013

Apa yang ku cari

Kembali lagi...

So nak cite ape aa... apa yang ku cari dalam hidup ini. Kecukupan yang ku cari, kecukupan didalam segala sudut, harta benda kecukupan rasa bahagia dan segalanya.

Sifat manusia yang sentiasa berasa tak cukup, melainkan kepada mereka yang bergelar insan,
so itulah maklamat pencarian, agar diri dapat bergelar insan yang sentiasa redo di atas ketentuannya.
Didalam kehidupan ini banyak yang kita jadikan sebagai tujuan kita mencari senangan dari segi harta kemewahan dari segi wang ringgit ingin melancong ketempat tempat yang menyeronokkan nak makan makanan yang sedap sedap, nak shopping di gedung gedung yang hebat so banyak yang kita cari. Setelah 10 tahun berkerja berbagai dugaan dan ujian ku terima dan ku hadapi, terfikir apa sebenar yang perlu ku cari.

Dari pengalam yang telah ku lalui ku rasa mendapat jawapannya apa yang ku cari dan apa yang perlu ku mencari adalah jalan kembali, kembali kepada pencipta dengan keadaan redo meredoi. Sepertiman pesan Guru ku "Apa kah ilmu yang paling tinggi disisi Allah swt" ada yang menjawab boleh terbang, tapi guru berkata boleh terbang baru sama seperti burung adakah cukup seperti burung, dari itu dia berpesan cari lah jala kembali, ilmu yang paling tinggi disisinya ialah dapat kembali kepadanya tidak sesat di dunia. Juga Guru ku berpesan carilah jalan mati bukannya jalan hidup, kerana jalan mati ada penghujungnya jika tersesat boleh berpatah balik, jika jalan hidup umpama jumpa round bout tak henti henti berpusing.

Untuk menemui jalan kembali bukanlah suatu yang mudah untuk ditempuhi, kerana banyak onak dan duri yang harus di tempuhi, seperti mana kita datang seperti kain putih haruslah kebali dengan keadaan itu juga.

Ingat lagikah kita dengan perjanjian kita dengan Nya dahulu, telah bersaksi sekalian roh "Bahkan benar engkaulah tuhan ku" itulah perjanjian diri yang menanggung rahsia. Di dalam hadis qudsi allah berfirman " Insan itu rahsiaku akulah rahsianya" maka carilah jalan kembali itulah saja carian yang dituntut supaya kita mencari.

Banyak orang mencari jalan, tapi tak mahu berjalan, yang dikisahkan memperelokkan jalan tapi diri masih tidak berjalan jalan. Jalan itu adalah Thoriq orang yang berjalan itu Salik. Berdoalah agar di pertemukan dengan guru yang bertanggung jawab di atas perjalanan kita, berguru biar beribu tapi mursyid hanya satu.

Inilah pesanan untuk diriku dan juga diri mu serja keluargaku. Kembalikan dirimu ketanah haram, tanah yang diharamkan oleh api neraka. Sepertimana Nabi Adam dan Hawa berjalan dan bertemu diatas panduan allah swt di padang arafah yakni tanah haram.

Selalulah menyebut nama-nama allah, kerana allah mempunyai nama-nama yang elok.

Dengan itu bertemu dilain kali.


No comments:

Post a Comment